Monday, April 19, 2010

Tikus di dalam kuah roti canai?

image

Kangar - Seorang pemuda serik untuk mengunjungi sebuah restoran di sini, selepas loya dan muntah teruk apabila termakan kari yang didakwa mengandungi tikus ketika membeli roti canai di restoran berkenaan.

Kejadian serupa turut berlaku ke atas tiga adiknya apabila memakan roti canai dicicah kari itu pada malam Ahad lalu.

Mohd Shafiq Abdul Karim, 23, mendakwa, dia termuntah dan berasa loya selama tiga hari selepas menyedari kari dimakan bersama tiga adiknya adalah kuah tikus.
Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia mengambil ketulan daging dalam kuah kari yang dibeli dari sebuah restoran untuk dimakan bersama nasi manakala roti canai sudah dimakan tiga adiknya.

Katanya, dia membeli tiga keping roti canai bernilai RM2.40 di restoran berkenaan dan melihat kuah kari di dalam periuk hampir habis.

“Pekerja terbabit mencedok seketul daging berserta kuah sebelum dibungkus bersama roti canai. Saya menjangka mendapat bonus seketul daging kerana selalunya pekerja memberi kuah untuk roti canai,” katanya.

Menurutnya, tiga adiknya berumur 12 hingga 16 tahun begitu berselera menikmati tiga keping roti canai dengan mencicah gulai berkenaan manakala seketul daging dibiarkan kepadanya untuk dimakan bersama nasi.

“Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah.

Perkara itu dimaklumkan kepada tiga beradik yang lain sebelum ketiga-tiga mereka juga menghadapi sindrom sama.

“Sehingga sekarang, kami berempat begitu fobia melihat gulai daging selepas termakan gulai tikus dari restoran berkenaan,” katanya dari Taman Sena Indah, di sini, semalam.

Mohd Shafiq yang merupakan lepasan sebuah kolej swasta berkata, dia terus memaklumkan kepada bapanya sebelum kedua beranak terbabit membawa ketulan tikus terbabit kepada Bahagian Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Perlis, pada keesokan harinya.

Menurutnya, pegawai bahagian terbabit mengesahkan gulai daging berkenaan adalah tikus dan dia bertindak melaporkan perkara terbabit kepada penguat kuasa pengguna Perlis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan restoran terbabit pernah dikenakan tindakan, termasuk notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan kerana gagal mencapai tahap kebersihan ditetapkan.
Shafiq tidak menolak kemungkinan ramai lagi pelanggan tidak menyedari sudah menikmati kuah kari bangkai tikus yang disediakan restoran itu. –SH

(Source: email)

34 comments:

  1. ewwwwwwwwwwwwwwww!!!!

    ni yg takut plak nak bli dr kedai
    isshhh!!

    ReplyDelete
  2. adila - haha sedap tak?

    ReplyDelete
  3. belum jumpa dengan mata sendiri.. tapi baca jek dekat sini pon dah nak termuntah....

    ReplyDelete
  4. najiah - haha! nampak garing je tu. mesti crunchy :P

    ReplyDelete
  5. But cambodia, rats are a delicious source of protein. :p

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:46 AM

    Oh my...this is a serious offence and should be reported to the Health Ministry! People can get poisoned....

    ReplyDelete
  7. cahaya - haha. lagi satu i tak suka kedai mamak ialah kuah dipanaskan semula. jika hampir habis, kuah baru dicampur dengan kuah lama tersebut. tsk!

    ReplyDelete
  8. tekkaus - you wanna try some? :P

    ReplyDelete
  9. mei teng - they did report :) how long eh, the rat died in there?

    ReplyDelete
  10. I think the guy termuntah due to psychological reasons...

    But it's still very gross. Eww.

    ReplyDelete
  11. terra - haha! he needs counseling! :)

    ReplyDelete
  12. thank you bro,tiada esok bagi mu, i mean roti canai lah

    ReplyDelete
  13. eugene - haha! geli right?

    ReplyDelete
  14. alamak,
    roti canai adalah fav i,
    bila dah baca artikel nie,
    terus i jadi loya2,
    huk huk huk...

    nampak nya,
    kalau teringin sgt nak mkn,
    kenalah buat sendiri...
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  15. wanie - tapi nampak rangup kan? :)

    ReplyDelete
  16. eeeeee....ni yg m'buatkan saya x mau mkn kat kedai yg bkn² ni....tgk pun sudah mau muntah..bayangkan dia tu yg makan tu...adeh!!

    ReplyDelete
  17. jan - haha. kedai nasi kandar, ban? tapi layan poori ok la kot?

    ReplyDelete
  18. ish rangup lah sgt kan,
    ish u nie,
    x molah mcm tue,
    wek wek wek,
    nak termuntah dah i...
    huk huk huk

    ReplyDelete
  19. wanie - haha hari-hari tengok ni mesti tak selera nak makan!

    ReplyDelete
  20. jgn kata hari2 tgk,
    1st time tgk pun,
    dah x lalu ok,
    bluek:P:P:P:P

    alahai,
    kenapalah COTI CANAI menjadi mansa,
    huk huk huk

    ReplyDelete
  21. wanie - haha. kari kedai mamak selalu dipanaskan semula. nak makan pun dah malas. geli pun ada.

    ReplyDelete
  22. uish,
    dah dah dah,
    jgn nak melarat citer pasal nie....

    adoilah,
    dah lah tgh sakit peyutttt nie,
    huk huk huk

    ReplyDelete
  23. erksssss...rasa mcm nak.......

    ReplyDelete
  24. wanie - minum 100 plus atau makan biji selasih raw.

    ReplyDelete
  25. makan biji selasih????
    utk apa tue?

    ReplyDelete
  26. wanie - untuk tidak ke toilet.

    ReplyDelete
  27. owh ye ker...
    tidak pulak i tahu selama nie,
    nanti jap i trun,
    nak kena rendam dulu kan

    ReplyDelete
  28. wanie - takyah rendam! :) telan je.

    ReplyDelete
  29. ha?
    x payah rendam,
    smlm i dah rendam,
    huhuhuhuhuhu....

    biji selasih tue yg buat air sirap tue kannn

    ReplyDelete
  30. wanie - yep. takyah rendam :)

    ReplyDelete
  31. faisal,

    i kasi rendam sudah,
    tapi baik jugak peyut i tue,
    hahahahahaha:)

    ReplyDelete
  32. wanie - alhamdulillah:)

    ReplyDelete

Thank you for the comment.

Tamparuli Bridge (Tuaran, Sabah)

Tamparuli is a small town and a sub-district of Tuaran on the west coast of Sabah, Malaysia. It is populated mainly by native Dusuns, while ...