Kangar - Seorang pemuda serik untuk mengunjungi sebuah restoran di sini, selepas loya dan muntah teruk apabila termakan kari yang didakwa mengandungi tikus ketika membeli roti canai di restoran berkenaan.
Kejadian serupa turut berlaku ke atas tiga adiknya apabila memakan roti canai dicicah kari itu pada malam Ahad lalu.
Mohd Shafiq Abdul Karim, 23, mendakwa, dia termuntah dan berasa loya selama tiga hari selepas menyedari kari dimakan bersama tiga adiknya adalah kuah tikus.
Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia mengambil ketulan daging dalam kuah kari yang dibeli dari sebuah restoran untuk dimakan bersama nasi manakala roti canai sudah dimakan tiga adiknya.
Katanya, dia membeli tiga keping roti canai bernilai RM2.40 di restoran berkenaan dan melihat kuah kari di dalam periuk hampir habis.
“Pekerja terbabit mencedok seketul daging berserta kuah sebelum dibungkus bersama roti canai. Saya menjangka mendapat bonus seketul daging kerana selalunya pekerja memberi kuah untuk roti canai,” katanya.
Menurutnya, tiga adiknya berumur 12 hingga 16 tahun begitu berselera menikmati tiga keping roti canai dengan mencicah gulai berkenaan manakala seketul daging dibiarkan kepadanya untuk dimakan bersama nasi.
“Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah.
Perkara itu dimaklumkan kepada tiga beradik yang lain sebelum ketiga-tiga mereka juga menghadapi sindrom sama.
“Sehingga sekarang, kami berempat begitu fobia melihat gulai daging selepas termakan gulai tikus dari restoran berkenaan,” katanya dari Taman Sena Indah, di sini, semalam.
Mohd Shafiq yang merupakan lepasan sebuah kolej swasta berkata, dia terus memaklumkan kepada bapanya sebelum kedua beranak terbabit membawa ketulan tikus terbabit kepada Bahagian Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Perlis, pada keesokan harinya.
Menurutnya, pegawai bahagian terbabit mengesahkan gulai daging berkenaan adalah tikus dan dia bertindak melaporkan perkara terbabit kepada penguat kuasa pengguna Perlis untuk tindakan lanjut.
Difahamkan restoran terbabit pernah dikenakan tindakan, termasuk notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan kerana gagal mencapai tahap kebersihan ditetapkan.
Shafiq tidak menolak kemungkinan ramai lagi pelanggan tidak menyedari sudah menikmati kuah kari bangkai tikus yang disediakan restoran itu. –SH
(Source: email)
ewwwwwwwwwwwwwwww!!!!
ReplyDeleteni yg takut plak nak bli dr kedai
isshhh!!
adila - haha sedap tak?
ReplyDeletebelum jumpa dengan mata sendiri.. tapi baca jek dekat sini pon dah nak termuntah....
ReplyDeletenajiah - haha! nampak garing je tu. mesti crunchy :P
ReplyDeletesedapnya! haha.
ReplyDeleteBut cambodia, rats are a delicious source of protein. :p
ReplyDeleteOh my...this is a serious offence and should be reported to the Health Ministry! People can get poisoned....
ReplyDeletecahaya - haha. lagi satu i tak suka kedai mamak ialah kuah dipanaskan semula. jika hampir habis, kuah baru dicampur dengan kuah lama tersebut. tsk!
ReplyDeletetekkaus - you wanna try some? :P
ReplyDeletemei teng - they did report :) how long eh, the rat died in there?
ReplyDeleteI think the guy termuntah due to psychological reasons...
ReplyDeleteBut it's still very gross. Eww.
terra - haha! he needs counseling! :)
ReplyDeletethank you bro,tiada esok bagi mu, i mean roti canai lah
ReplyDeleteeugene - haha! geli right?
ReplyDeletealamak,
ReplyDeleteroti canai adalah fav i,
bila dah baca artikel nie,
terus i jadi loya2,
huk huk huk...
nampak nya,
kalau teringin sgt nak mkn,
kenalah buat sendiri...
huhuhuhu
wanie - tapi nampak rangup kan? :)
ReplyDeleteeeeeee....ni yg m'buatkan saya x mau mkn kat kedai yg bkn² ni....tgk pun sudah mau muntah..bayangkan dia tu yg makan tu...adeh!!
ReplyDeletejan - haha. kedai nasi kandar, ban? tapi layan poori ok la kot?
ReplyDeleteish rangup lah sgt kan,
ReplyDeleteish u nie,
x molah mcm tue,
wek wek wek,
nak termuntah dah i...
huk huk huk
wanie - haha hari-hari tengok ni mesti tak selera nak makan!
ReplyDeletejgn kata hari2 tgk,
ReplyDelete1st time tgk pun,
dah x lalu ok,
bluek:P:P:P:P
alahai,
kenapalah COTI CANAI menjadi mansa,
huk huk huk
wanie - haha. kari kedai mamak selalu dipanaskan semula. nak makan pun dah malas. geli pun ada.
ReplyDeleteuish,
ReplyDeletedah dah dah,
jgn nak melarat citer pasal nie....
adoilah,
dah lah tgh sakit peyutttt nie,
huk huk huk
erksssss...rasa mcm nak.......
ReplyDeletewanie - minum 100 plus atau makan biji selasih raw.
ReplyDeletemq - nangis?
ReplyDeletemakan biji selasih????
ReplyDeleteutk apa tue?
wanie - untuk tidak ke toilet.
ReplyDeleteowh ye ker...
ReplyDeletetidak pulak i tahu selama nie,
nanti jap i trun,
nak kena rendam dulu kan
wanie - takyah rendam! :) telan je.
ReplyDeleteha?
ReplyDeletex payah rendam,
smlm i dah rendam,
huhuhuhuhuhu....
biji selasih tue yg buat air sirap tue kannn
wanie - yep. takyah rendam :)
ReplyDeletefaisal,
ReplyDeletei kasi rendam sudah,
tapi baik jugak peyut i tue,
hahahahahaha:)
wanie - alhamdulillah:)
ReplyDelete