Monday, February 07, 2011

Di manakah aku?

Aku menaiki sebuah kenderaan. Aku tak pasti sama ada ianya sebuah kereta ataupun van. Kami semua berpakaian putih. Aku keliru. Ke manakah hala tuju? Apakah tujuan? Aku seperti hilang arah. Atau pun lupa. Seperti dalam wayang-wayang Inggeris, ada alat untuk menghilangkan ingatan.

Kemudian kenderaan itu berhenti di suatu tempat. Aku masih terngiang-ngiang. Tidak tahu di manakah tempat itu.

Kami semua diturunkan.

DI MANAKAH AKU?

Bila kami semua berkumpul, aku dapati bersama-sama aku terdapat kawan adik ku. Arina jika aku tak tersalah nama. Bersama kawannya. Aku tidak berapa kenal atau tahu namanya. Kami semua kelihatan seperti tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya dan tidak tahu apa tujuan kami dibawa ke situ.

Kemudian kami mula berjalan. Berjalan ke satu lorong yang agak suram. Di sebelah kiri terdapat sebuah kawasan yang kelihatan seakan padang bola tetapi tiada rumput. Seakan-akan kolam renang pun ada. Yang dipenuhi pasir.

Apabila melepasi lorong suram itu, kami menjumpai sebuah kolam. Sekelilingnya terdapat batu-batu. Seram bila melihat kolam itu. Tak rasa seperti hendak mandi pun.

Kemudian kami semua terkejut. Terdapat makhluk-makhluk pelik tidak jauh dari kolam itu, di hadapan. Ada yang terjerut leher, ada yang mata terkeluar dan ada yang lidah terjelir. Semuanya dalam keaadaan ngeri. Macam alien pun ada. Seorang lelaki berpakaian serba putih, menerangkan itu semua orang yang bunuh diri. Aku terdiam. Kenapa pula orang yang bunuh diri ada di sini? Pelik. Seram sejuk juga melihat keadaan macam tu. Kemudian aku hendak berpatah balik kerana semua ingin kembali ke tempat kami berkumpul. Aku dikejutkan dengan seorang wanita yang berbibir sangat tebal entah apa lah salah dia pula sampai jadi macam tu. Di dalam otak aku, aku rasa macam dah di akhirat! Mana taknya, dengan semua orang dalam keaadaan macam tu!

Kemudian tiba-tiba aku ternampak kawan adik ku itu. Pakai bikini dan lari terjun ke dalam kolam tu. Terjun ke tengah-tengah kolam sambil menjerit “Aku tak suka pink!”. Baru aku sedar batu-batu di sekeliling tu berwarna pink. Entah apa kena mengena batu pink tu dan dia terjun aku pun tak tahu. Dalam hati aku cuma berasa, dia terjun sebab terpaksa dan berkaitan dengan makhluk-makhluk pelik yang dikatakan bunuh diri tu.

Baru aku sedar, tinggal 3 orang saja dengan aku. Lagi dua orang tu, nampak lebih matang dari aku. Kemudian kami bertiga masuk ke dalam kolam yang dipenuhi pasir tu. Sehingga ada seorang lelaki yang berpakaian serba putih datang menegur. Yang pelik, aku tak dapat membezakan lelaki ini dengan yang sebelumnya. Entah kenapa.

Aku dan dua orang lagi hanya mundar-mandir di sekitar kolam pasir tersebut.

Kemudian lelaki itu berjalan naik tangga yang terdapat disebelah kanan kami. Salah seorang lelaki yang ada dengan kami ikut lelaki itu dan entah apa yang dibuatnya.

Tinggal aku dan seorang lagi lelaki yang aku pun tak kenal. Datang lagi lelaki serba putih memberikan kami semangkuk kacang. Kacang goreng tak silap aku. Kami berdua pun makan. Lalu pula seorang lelaki yang tidak berbaju dan hanya berseluar putih. Melalui kolam pasir itu. Entah apa tujuannya. Aku yang hanya ingin menunjukkan kebaikan, moga-moga aku dilepaskan dari tempat ini memberi segenggam kacang tersebut kepada lelaki tersebut. Dia ambil dan terus berlalu pergi.

Lelaki serba putih itu berlalu pergi menaiki tangga itu lagi. Dan lelaki yang terakhir bersama aku mengikutnya.

Aku hanya duduk di atas pasir itu sambil memejam mata. Tak tahu apa nak difikirkan.

Apabila aku membuka mata, aku dapati di hadapan aku terdapat 3 orang lelaki berpakaian putih. Salah seorangnya ialah Jehan Miskin. Entah macam mana pula dia pun ada di situ. Aku rasa lega. Cuma dia nampak berbeza dengan berserban di mana selalunya dia gemar menayangkan badannya.

Ketiga-tiga orang tu nampak gelisah. Jehan naik ke atas melalui tangga yang aku lihat 2 orang lelaki sebelum ini naik. Dia berlawan dengan seorang lelaki berpakaian serba putih dan berjanggut. Dia menang. Dia turun ke bawah ke kolam pasir dan bergaduh dengan seorang lagi berpakaian serba putih. Dia menang lagi.

Baru aku sedar, 2 orang lelaki yang bersama aku sebelum ini telah kembali bersama aku. Kemudian Jehan dan 2 orang lelaki bersamanya berjalan menerusi lorong suram dan kolam yang menakutkan berhampiran dengan bilik-bilik khas orang bunuh diri. Terdapat beberapa orang berpakaian putih menjaga di pintu pagar. Terdapat sebuah van putih sedang menunggu kami. Lega rasanya boleh keluar. Tiba-tiba aku dapat rasakan bahawa aku dan 2 orang lagi yang bersama aku sebelum ini tidak dapat pulang.

Jangkaan ku tepat sekali.

Hanya Jehan dan 2 orang lelaki itu dapat menaiki van dan kami bertiga tidak dapat keluar. Beberapa orang yang berpakaian serba putih itu menutup pagar. Alangkah hampanya!

Kemudian, aku dan 2 lelaki tersebut berlari. Menaiki tangga yang kami tak pernah naik sebelum ini. Kemudian aku sedar kami naik salah tanggga. Kemudian salah seorang daripada mereka masuk ke dalam satu bilik dan aku menarik tangan lelaki seorang lagi. Pintu tertutup. Lelaki itu tidak keluar. Aku dan lelaki seorang lagi mula berlari dalam keaadaan panik.

Tiba-tiba kami sedar semua bilik-bilik itu merupakan bilik mayat!

Pelik. Tapi tak ada masa nak fikir. Lari ke pintu tangga kembali tiba-tiba jalan mati dan rupanya pintu itu masuk ke tandas. Kami keluar balik, kami di dalam bilik mayat. Patah balik di dalam tandas!

Lelaki tadi mula menjerit “Hantu!” dan menuding jari ke arah cermin tandas. Aku tak nampak apa pun. Kemudian menjerit lagi “Hantu!” di mangkuk tandas. Aku terlalu panik dan terus teringat Tuhan. Aku melaungkan “Allahuakbar!”

Tiba-tiba kami di satu tangga dan terus berlari turun. Aku terus melaungkan azan. Sambil berlari turun. Di sekeliling kami terasa seperti kami berada di hospital dan ramai orang berbaju biru berjalan lalu-lalang dan memerhatikan kami. Aku terus membaca doa yang aku tahu termasuk doa makan, doa ke bilik air sehingga niat berpuasa! Begitu takutnya aku. Kemudian kami berada di pintu pagar yang tiada orang jaga seperti sebelumnya. Kami menunggu... dan aku masih membaca semua doa.

Jam berbunyi.

Pukul 6 pagi rupanya. Aku bermimpi. Tapi mulut ku masih membaca semua doa.

Aku terus berfikir... dan terus berfikir... Adakah aku perlu berubah? Adakah perubahan itu satu perkara yang betul atau aku akan menyesal? Adakah ianya suratan? Entah. Aku bingung.

Aku pegang perutku yang masih sakit. Aku perlu jumpa doktor hari ini.

 

 

(Nota: Cerita sepatutnya terputus-putus sebab aku asyik terjaga dari tidur. Dan sepatutnya lebih panjang. Cuma ini yang aku ingat dan tanpa diedit. Wallahualam...)

Sumber gambar: Solihin

20 comments:

  1. selalu sangat u ni sakit perut. jaga makan la u next time. ish ish.

    ReplyDelete
  2. cahaya - yang pelik doc simply check my pulse dan suruh breath in and out lepas tu cakap food poisoning :-(

    ReplyDelete
  3. maybe you have something-food-stomach-related intollerant kot. check kat hospital la.

    clinic sometimes simply wants free 50bucks and it's Monday. so maybe doctor pun malas keje.

    ReplyDelete
  4. cahaya - nak pakai insurance office kena ada refer letter from panel clinic. my office insurance memang pain in the ass kalau nak pakai.

    maybe i should think about buying on my own.

    ReplyDelete
  5. try consult the same doctor that you always have-a-thing with your stomach and want to get urself further checkup.he will write you a letter nanti.

    my dad sama jugak, last few months gi klinik doktor cakap batuk2 je. then we innitiate that we want a further check up. so doctor panel buat surat refer. Gi hospital, then bammmm! another 3 days later, he diagnosed with lung cancer.

    ReplyDelete
  6. i didn't say that we should expect the worst. just a thorough check up won't hurt.

    ReplyDelete
  7. cahaya - gosh. then what happen? :-(

    ReplyDelete
  8. cahaya - agree. actually i went to 2 clinics asked for a reference letter but none of them give me any and i got a great laugh for being paranoid.

    now, i'm worried.

    ReplyDelete
  9. my dad baru je been diagnosed for stage 4 lung cancer last 3 weeks. the cancer has spread to his back bone and saluran jantung. he's now been thru chemo every 8 days.

    u jgn la takut, i'm sure it's nothing. maybe allergy or maybe u kena pantang some food (chilli, lactose-based/coconut, etc) but still, kena gi check jugak.

    ReplyDelete
  10. cahaya - ok. thanks for the advise. sorry to hear about your dad :-(

    ReplyDelete
  11. no problem. thanks.

    ReplyDelete
  12. lama nyer x singgah blog incik faisal nie...

    insaf sekejap...

    ReplyDelete
  13. took some minutes to read the story.. menarik..

    faisal patutnya terus menulis kat 100penulis. join la balik ok?

    hope u feel better

    Latest entry : Semakin Ramai Blogger Gemar 'Curi' Trafik Blog Lain

    ReplyDelete
  14. cik ijau - ha ha ha. kenapa insaf pula?

    ReplyDelete
  15. tupai - susah sebab busy dengan kerja dan study. even blog sendiri pun selalu terabai he he he.

    ReplyDelete
  16. Mimpi selalunya datang dari minda kita sendiri. Ada apa-apa yang difikirkan disiang hari atau sebelum tidur, boleh terbawa-bawa sebagai mimpi.

    ReplyDelete
  17. Anonymous7:41 PM

    this post sounds like a long riddle, man. did i miss anything?

    ReplyDelete
  18. thanks for sharing. . .

    greeting from mas raden

    ReplyDelete
  19. WAH.. INTERESTING SGT

    hjahahhaa

    ReplyDelete

Thank you for the comment.

Tamparuli Bridge (Tuaran, Sabah)

Tamparuli is a small town and a sub-district of Tuaran on the west coast of Sabah, Malaysia. It is populated mainly by native Dusuns, while ...