Tuesday, November 02, 2010

Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat

(PERINGKAT KUNING)
Dikeluarkan pada: 3.50 pagi 27/10/2010
SEKSYEN A : Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir (Peringkat Kuning) dikeluarkan pada 12.20 petang 26/10/2010.

I) Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu mulai pagi Sabtu, 30 Oktober 2010. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 2 November 2010 dan boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.


II) Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara mulai Isnin, 1 November 2010 dan dijangka berterusan sehingga Selasa, 2 November 2010. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.


III) Ribut petir dengan hujan lebat pada sebelah petang dan senja dijangka berlaku di negeri Perak Selatan, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan, 1 November 2010 dan 2 November 2010. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
_________________________________________________________
Dikeluarkan pada pukul 1.20 petang 27 Okt 2010

AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
SEKSYEN A: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Ditingkatkan dari Nasihat yang dikeluarkan pada 25/10/2010


Angin kencang Timur Laut/Barat Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan:


I) Condore dan Reef North serta Pulau Layang-Layang bermula pada Jumaat, 29 Oktober 2010 sehingga Selasa, 2 November 2010.

II) Bunguran dan Kuching bermula pada Sabtu, 30 Oktober 2010 sehingga Selasa, 2 November 2010. Selain daripada itu, kawasan pantai Johor Timur, Kuching dan Sarikei terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan oleh angin kencang dan ombak kuat. Keadaan ini dijangka bermula pada 30 Oktober 2010 sehingga 2 November 2010.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Ditingkatkan dari Nasihat yang dikeluarkan pada 25/10/2010


Angin kencang Timur Laut/Barat Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman ( Pahang dan Johor Timur ) dan Samui Selatan ( Terengganu dan Kelantan ) bermula pada Sabtu, 30 Oktober 2010 sehingga Selasa, 2 November 2010.


Selain daripada itu, kawasan pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan oleh angin kencang dan ombak kuat. Keadaan ini dijangka bermula pada 31 Oktober 2010 sehingga 2 November 2010.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH Kemaskini


Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak(Bintulu dan Miri), Reef South, Reef North, Layang-Layang, Bunguran dan Samui Utara dan Phuket dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu, 27 Oktober 2010.


Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

29 comments:

  1. good info..erk..tapi ini tarikh dh lama ni..erk?

    ReplyDelete
  2. alamak. jap nak check.

    ReplyDelete
  3. Hopefully everything will be fine for us again! :(

    ReplyDelete
  4. tekkaus - yeah. sigh. is this a good excuse for us to stay home and not going to work? haha

    ReplyDelete
  5. Kat penang hujan dak??
    Sbb plan nak pi sana next week atas urusan keja,
    Hope x ujanlah kan...
    Hurm...

    ReplyDelete
  6. perlis da banjir....huhu...

    ReplyDelete
  7. teja - alamak! rumah teja kena?

    ReplyDelete
  8. not yet...

    eh..harap2 xla...tpi sungai dekat umah da penuh...rsau lak dgn my fmly..herm...

    ReplyDelete
  9. How come so much rain everywhere except KL?

    ReplyDelete
  10. I want the rain!! Come on rain! Come to PJ and KL!

    ReplyDelete
  11. teja - sini masih hujan!

    ReplyDelete
  12. foong - i need to work =(

    ReplyDelete
  13. foong - yeah, lucky u :)

    ReplyDelete
  14. wah...jauhkanlah dr segala bahaya

    ReplyDelete
  15. perhaps this is about storm?
    i actually dont understand your language so ill comment base on the picture
    i hope people there are safe and soon have a full recovery

    ReplyDelete
  16. poorprince - yes correct. sorry i just copied and pasted the article. yeah, i hope so! the picture is not something related but just for the sake of picture i put a picture.

    ReplyDelete
  17. hari ni cuaca elok..Alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
  18. ♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
    ♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    (_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
    ♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥

    Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda.

    Eeeemmm ni nak masuk musim tengkujuh... banyak tempat air dah naik...

    harap penang tak banjir yeee....

    eeemmmm kalau hujan turun itewww tandanya hujan rahmat... kita masih syukur negara kita masih lagi turun hujan berbanding negara luar kering kontang

    ReplyDelete
  19. ♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
    ♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    (_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
    ♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥

    Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda.

    yup aku barik dari kuching tempoh hari kapal flight turun lambat coz hujan ....woooo dok naik kapal terbang seram sejuk plak ribut kuat nampak dari cermin sebelah kapal tewww.... petir sambar menyambar,, ngerilahhh

    ReplyDelete
  20. axim - alhamdulillah.

    ReplyDelete
  21. afzainizam - betul tu. ada hikmah di atas setiap kejadian.

    ReplyDelete
  22. afzainizam - hehe dah macam cerita twilight zone!

    ReplyDelete
  23. ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    Kami DAtang Ziarah Blog Anda
    Sila Lawat Kami kembali
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

    Salam kunjungan salam ziarah….wooooo kawasan timur dan utara dalam berita agak reda sikit.. insya Allah mereka yang berada di pusat pemindahan banjir boleh pulang kerumah semula

    ReplyDelete
  24. afzainizam - yep, kalau tak silap kedah and perlis belum lagi kan? kedah, meninggal 4 orang kan?

    ReplyDelete
  25. Haish,nak dekat raya2 aji ni la banjir...macamana nie

    ReplyDelete
  26. hafiz - tu la kan. tapi nak buat mcm mana?

    ReplyDelete
  27. NATURAL DISASTER IS HORRIBLE.
    PLEASE BE CAREFUL EVERYONE

    ReplyDelete

Thank you for the comment.

Tamparuli Bridge (Tuaran, Sabah)

Tamparuli is a small town and a sub-district of Tuaran on the west coast of Sabah, Malaysia. It is populated mainly by native Dusuns, while ...